Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan bantuan kewangan di bawah pimpinan kerajaan DS Anwar Ibrahim.
Ia adalah bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia untuk golongan isi rumah dan bujang yang berkelayakan. Ia menggantikan BSH, BKC, BPR dan BKM yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini.
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh wabak pandemik.
Dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sidang Pagi) yang diadakan baru-baru ini.
Perdana Menteri mengumumkan untuk mempercepatkan bantuan pembayaran tunai rakyat mulai Mac 2023 hingga Januari 2023.
Jumlah yang akan diterima oleh rakyat adalah seperti berikut:
Jumlah kategori pembayaran
Kategori
Jumlah Bayaran
Isi Rumah
RM300
Bujang
RM100
Pembayaran akan dibuat pada Januari 2023. Di mana sepatutnya bayaran asal adalah pada Mac 2023.
Semakan permohonan dan kelayakan boleh dibuat dengan melayari
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Selain bantuan tunai rakyat, PM turut mengumumkan pembayaran berikut :
Kerajaan juga bersetuju memberikan bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.
Bantuan Khas Kewangan RM700 untuk anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 untuk pesara akan diteruskan pada Januari 2023.
Jumlah penuh kategori pembayaran dan syarat kelayakan dijangka diumumkan sepenuhnya menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Februari 2023.
Bilakah tarikh pembayaran BTR akan dibuat?
Tarikh pembayaran BTR untuk fasa 1 akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023. Tarikh rasmi akan diumumkan di sini.
Adakah perlu kemaskini permohonan?
Pengumuman rasmi berkaitan permohonan dan kemaskini bantuan tersebut masih belum diumumkan.
Macam mana nak buat permohonan baru untuk Bantuan Tunai Rakyat 2023?
Cara permohonan akan diumumkan secara rasmi oleh kerajaan dalam masa terdekat. Nantikan.
Sekiranya anda layak, anda akan menerima bantuan tunai secara langsung ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan semasa memohon. Jumlah bantuan yang diberikan bergantung kepada keperluan individu dan keadaan kewangan.
Sekiranya anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Tunai Rakyat, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau melawat laman web rasmi Bantuan Tunai Rakyat untuk maklumat lanjut.
SUMBER : https://www.portalmalaysia.com/bantuan-tunai-rakyat/
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Kementeria Ekonomi bagi membasmi golongan miskin tegar.
Melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini, kerajaan menyasarkan peserta IPR berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.
Sasaran ini berdasarkan kajian yang dilaksanakan pihaknya berasaskan garis kemiskinan tegar yang ditetapkan pada RM1,900.
Kerajaan menetapkan sasaran 100,000 penerima mendapat manfaat daripada IPR.
Artikel berkaitan: Biodata Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia
Usaha Inisiatif Pendapatan Rakyat ini dimulakan untuk mencapai objektif yang berikut:
Strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
Menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan
Mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.
Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
i) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
Program INTAN mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat pendapatan kerana perlu menunggu sehingga sehingga hasil boleh dituai.
Oleh itu, kerajaan telah mengambil kira bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan termasuk elaun bulanan sementara hasil tuaian itu berlaku.
Antara pihak yang terlibat dalam model INTAN adalah:
Syarikat pertanian
Rantaian peruncitan makanan
Pengeksport
Agensi-agensi kerajaan berkaitan
Koperasi
ii) Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
Menerusi program INSAN, perserta boleh jana pendapatan dan buat dengan mesin vending (vending machine) di mana anda diberikan pelbagai kemudahan termausk latihan bisnes dan perniagaan secara percuma, teknologi, latihan kemahiran, tempat berniaga disediakan, bantuan promosi dan pemsaran dan lain-lain lagi menerusi koperasi.
Antara pihak yang terlibat dalam model INSAN adalah:
Pengusaha mesin menjual (vending machine)
Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
Stesen-stesen LRT
Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
iii) Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
Melalui IKHSAN, peserta boleh menjadi operator kawal selia kemudahan kerajaan seperti tandas awam atau pejabat dan mereka mendapat pendapatan dari dua sumber iaitu satu daripada kutipan harian orang bayar untuk masuk tandas atau kelengkapan kemudahan lain.
Antara pihak yang terlibat dalam model IKHSAN adalah:
Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
Premis-premis agensi kerajaan
IPR akan memfokuskan kepada golongan berikut:
Warganegara Malaysia
Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar
Bagi individu yang memenuhi syarat-syarat permohonan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk menyertai program IPR ini denga mengikuti langkah-langkah berikut:
Layari laman IPR di https://ipr.epu.gov.my/sign_up
Lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu
Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda
Log masuk akaun anda
Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang dilengkapkan
Kementerian Ekonomi
Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya
Cara Permohonan IPR boleh dibuat secara atas talian dengan melayari pautan;
PROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.
Berikut adalah kategori penerima STR dan had umur yang ditetapkan :
Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka.
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:
https://ecentral.my/wp-content/uploads/2023/03/PanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharu.pdf
Muat Turun Borang Manual
Cara membuat kemaskini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk melalui artikel : Kemaskini Maklumat Pemohon STR 2023 atau Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022
Sila rujuk portal rasmi STR 2023 di pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my atau maklumat dari laman web rasmi Belanjawan 2023 https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html untuk keterangan lanjut.
Semakan status pembayaran Fasa 1 telah dibuka mulai 17 Januari 2023.
Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.